Wednesday, January 5, 2011

notice to the residence of Tmn Kumbar Permai

Notis
1hb Januari 2011

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲ‎ﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Kepada semua penduduk Taman Kumbar Permai,

Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2011. Syukur kepada Allah swt, yang telah memberi kita kekuatan, kesejahteraan dan kesihatan untuk terus berada di tahun 2011.

Sebagaimana yang telah di maklumkan melalui edaran notis sebelum ini, JMB Taman Kumbar Permai telah mengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan property di TKP bermula 1hb Januari 2011. Untuk Makluman:

1. Peraturan rumah (House Rules) sedia ada akan terus di guna pakai dan sebarang perubahan dasar (jika ada) akan hanya di putuskan di peringkat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
2. Bayaran yuran penyelenggaraan dan lain lain bayaran yang berkaitan perlu di bayar tunai atau cek atas nama JMB Taman Kumbar Permai di pejabat pengurusan melalui pengurus property yang di lantik - IQS

Saya dan barisan AJK telahpun dan akan terus membuat rencana terbaik untuk memastikan TKP menjadi penempatan yang exclusive dengan pengurusan yang cekap dan telus, kerana kami juga adalah pemilik rumah seperti tuan/puan. Pelbagai pelan penyelenggaraan dan penambah baikan TKP telah di rancang dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Di harapkan kerjasama, komitment dan tanggung jawap yang telah tuan/puan jalankan selama ini akan terus di beri kepada kami dan pengurus property yang baru. Marilah kita berganding bahu untuk menjadikan TKP satu penempatan yang harmony, permai dan bernilai tinggi. Sebarang cadangan membina dan perbincangan berkhemah adalah amat di alu alukan .

Akhir kata sekali lagi saya dan barisan AJK mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 semuga kita sentiasa di murahkan rezeki dan di berkati olehNya .


Sekian,




--------------------------------------
Kamaruzaman bin Suradi
Pengerusi, JMB Taman Kumbar Permai

No comments:

Post a Comment