Saturday, April 17, 2010

Dayang Beauty Salon

DAYANG BEAUTY SALON - TELUK KUMBAR
Dayang Beauty Salon - satu satu nya salun kecantikan di Teluk Kumbar, Penang yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk Muslimah / wanita sahaja.
Antara khidmat yang disediakan ialah Rawatan Muka (Facial Treatment), Make Up, Foot reflexology, All type of Hair stylist dan menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan.
Dikendalikan oleh Beautician Puan Dayang selaku pemilik salun dan seorang assistant Beautician. Beroperasi tujuh hari seminggu dari jam 11.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Khidmat Rawatan muka (facial treatment) di luar waktu operasi dan di luar premis boleh di pertimbangkan dengan temu janji.

Looking for Muslimah Beauty Salon in Penang? or Teluk Kumbar and nearby area ? Do call us at Dayang Salon 04 - 649 4301, 019 - 416 0110

How to get there .... From Bayan Lepas Airport head down south to Balik Pulau. It is about 10 minute’s drive you will reach small town Teluk Kumbar. The land mark was new shop houses after the small town Teluk Kumbar on the left beside Nasi Ayam Misai Restaurant. Set your GPS to Misai Nasi Ayam Teluk Kumbar, we are at first floor. GPS Coordinates N05*17.594'E100*13.924'

Saturday, April 10, 2010

JMB Taman Kumbar Permai - AGM 1

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA

JMB Taman Kumbar Permai


TARIKH:

24 Jan 2010 (Ahad)
Jam 9:00 pagi


TEMPAT:

2-G-1, TAMAN KUMBAR PERMAI, TELUK KUMBAR


ATURCARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA JMB TKP
24 Jan 2010

Masa Acara



9:00 pagi - Pendaftaran ahli/ perwakilan


- Pengerusi Majlis Encik Sabri bin Said mengambil tempat dan memulakan majlis.

Bacaan Doa oleh Tn Haji Rahman imam Surau Al-Furqan

- Ucapan aluan oleh Pengerusi PPTKP En Kamaruzaman bin Suradi


10.30 - Sesi Soal Jawab



11.15 pagi - Pemilihan Ahli Jawatankuasa


12: 00 teng ahari - Penangguhan Mesyuarat


AGENDA MESYUARAT


1. Ucapan Aluan Pengerusi PPTKP

2. Sesi Penerangan JMB

3. Sesi Soal Jawab

4. Perlantikan Pengerusi Mensyuarat Agung JMB ( Sementara)

5. Pemilihan AJK 2010 – 2011

5.1 Pengesahan pengambil alihan pengurusan Taman Kumbar Permai dari KMPC
5.2 Menentukan jumlah kutipan Tabung Mengurus Harta Bersama ( Sinking Fund)
5.3 Menentukan kadar faedah bayaran lewat
5.4 Lain2 perkara berbangkit berkaitan pengurusan harta bersama

6. Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi JMB


TETAMU JEMPUTAN



1. En Yazid Hadzrim bin Ibrahim

A.V.O Pesuruhjaya Bangunan, MPPP (wakil COB, MPPP)

2. En. Thivagaran s/o Supramany ,

Operation Manager, Bituin Property Management ( perunding / pemerhati)

3. En. Michael K.C Low - TIDAK HADIR

Pengarah Urusan, KMPC Property Management Sdn Bhd (wakil Pemaju / pengurus property)


1.0 Bacaan Doa

1.1 Disempurnakan oleh Tn Hj Rahman, selaku imam Surau Al Furqan Teluk Kumbar

2.0 Ucapan Aluan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kumbar Permai PPTKP

Pengerusi PPTKP Encik Kamaruzaman bin Suradi (6-7-7) mengucapkan syukur dan selamat datang kepada Wakil Pesuruhjaya Bangunan MPPP En Yazid Hadzrim bin Ibrahim, Wakil consultant En. Thivagaran s/o Supramany dan semua pemilik unit yang hadir pada mensyuarat JMB pertama ini. Beliau melahirkan rasa kesal diatas ketidak hadiran wakil dari pemaju.

2.1 Pengerusi turut mengingatkan pada setiap penduduk agar berganding bahu kearah penubuhan JMB TKP ini dengan menjalankan tanggung jawap masing masing seperti yang termaktub dalam Akta 663.

2.2 Ucapan beliau diselangi dengan tayangan slide berkisar aktiviti-aktivi yang berlaku sehingga tercetusnya idea untuk membentuk / menubuhkan JMB

2.3 Beliau telah mendapat banyak maklumbalas dan nasihat dari JMB taman perumahan yang lain serta COB dalam memastikan agenda JMB dicapai.

2.4 Antara ulasan utamannya adalah
• Halatuju dan carta aliran JMB
• Law of Malaysia Act 663 Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007
• Surat menyurat antara PPTPK, COB dan Pemaju
• Peranan JMB
• Perbezaan antara Persatuan Penduduk dan JMB
• Peranan Jawatankuasa JMB dsb

3.0 Setelah mendapat nasihat dan kebenaran dari En Yazid COB MPPP dan merujuk kepada kehadiran seperti item 3.1, mesyuarat JMB dimulakan dengan Perlantikan “Pengerusi Sementara”.

Pencalonan : Sabri 6-8-2
Pencadang : Khairi 6-6-7
Penyokong : Zahari 2-5-2
Disokong sebulat suara


En Sabri bin Said menngambil tempat untuk memulakan mesyurat JMB Taman Kumbar Permai pertama

3.1 Kehadiran rasmi adalah 122 orang. Sila rujuk jaudal dibawah dan lampiran 1 yang disertakan.
Rujukan: Act 663 6. (2)

Blok Bil Unit Kehadiran %
1 98 29 29.59%
2 82 18 21.95%
3 82 21 25.61%
4 98 23 23.47%
6 112 31 27.68%
472 122 25.85%

4.0 Pengerusi meminta hadirin menentukan Jumlah Ahli Jawatan Kuasa 12 atau 5 orang :
Rujukan: Act 663 11. (2)

Pencadang : Amirul Tan Boon Teik 4-9-3 mencadangkan 12 orang
Penyokong : Nordin 4-13-1
Disokong sebulat suara.


5.0 Perlantikan Jawatan Kuasa JMB TPK 2010 – 2011
Rujukan: Act 663 6. (1) (a) dan 11. (2) (3)


Pencalonan Calon Pencadang Penyokong Undian
Pengerusi Kamaruzaman 6-7-7 Suhaimi 2-3-1 Pak Jamil Sebulat Suara
Nordin 4-13-1 Azmi 4-6-8 Zahri 2-5-2 Tarik diri
Pencalonan Ditutup Rahman 2-4-4 Shaifuddin 3-1-8 Sebulat Suara

Setiausaha Mahathir 1-1-6 Roslan 2-9-3 Rosdi Alang Sebulat Suara
Zahri 2-5-6 Jahlalawati 2-4-7 Shaifuddin 3-1-8 3

Bendahari Sabri 6-8-2 Suhaimi 2-3-1 Hj Rahman Sebulat Suara
Pencalonan Ditutup Amirul Tan Boon Teik 4-9-3 En Rosdi Sebulat Suara

Jawatankuasa 1 Hj Rahman Shaifuddin 3-1-8 Azmi 4-6-8 Tarik diri

Jawatankuasa 2 Zahri 2-5-6 Roslan 2-9-3 Johari 1-10-4 49

Jawatankuasa 3 Vesupathy 1-12-2 Mahathir 1-1-6 Azmi 4-6-8 59

Jawatankuasa 4 Tan Boon Teik 4-9-3 Kamaruzaman 6-7-7 Shaifuddin 3-1-8 64

Jawatankuasa 5 Suhaimi 2-3-1 Tan Boon Teik 4-9-3 Kamaruzaman 6-7-7 55

Jawatankuasa 6 Shaifuddin 3-1-8 Azmi 4-6-8 Sabri 6-8-2 69

Jawatankuasa 7 Azmi 4-6-8 Zulkifly 4-12-4 Nordin 4 -13-1 59

Jawatankuasa 8 Rosdi 2-4- 7 Shaifuddin 3-1-8 Azmi 4-6-8 59

Jawatankuasa 9 Johari 1-10-4 Azmi 4-6-4 Mahathir 1-1-6 35

Jawatankuasa 10 Roslan 2-9-3 Suhaimi 2-3-1 Nordin 4 -13-1 49

Jawatankuasa 11 Khairi 6-6-7 Mahathir 1-1-6 Nordin 4 -13-1 56



Senarai AJK JMB Taman Kumbar Permai
JAWATAN Nama & unit no. No. IC
Pengerusi Kamaruzaman bin Suradi (6-7-7) 640925-08-5735

Setiausaha Mohd. Mahathir bin Abd. Majid (1-1-6) 690511-07-5241

Bendahari Muhammad Sabri bin Said (6-8-2) 710729-09-5013

Ahli Jawatankuasa Mohd. Zahri bin Mustaha (2-5-6) 641227-07-5657

K. Vesupathy A/L Kannan (1-12-2) 661101-08-6463

Tan Boon Teik (4-9-3) 700713-07-5051

Suhaimi bin Abu Bakar (2-3-1) 640123-07-5893

Shaifuddin Azam b. Umar (3-1-8) 720105-08-6839

Mohd. Azmi bin Mohamed Ali (4-6-8) 681102-07-5043

Rosdi bin Alang (2-4-7) 700821-08-5097

Roslan Bin Ibrahim (2-9-3) 710406-07-5085

Mohamad Khairi Bin Yusuf (6-6-7) 571130-07-5983

Wakil Pemaju

KMPC Property Mgt Sdn Bhd Tidak hadir Tiada

6.0 Pengerusi memaklumkan bahawa Pengambilalihan Polisi Insuran dari KMPC Property Mgt Sdn Bhd (pengurus semasa) tidak berjaya kerana tiada wakil dari pemaju. Bagaimana pun Semua yang hadir sebulat suara bersetuju agar pengurusan sekarang (kmpc) di ambil alih dan di urus oleh JMB.
Rujukan: Act 663 (1) (b)

6.1 En Sabri bin Said mengingatkan kepada semua yang hadir, bahawa pemilik unit adalah bertanggung jawap membayar yuran penyelenggaran seperti yang termaktub didalam Akta 663 23. (1). Beliau mencadangkan kadar yuran sekarang dikekalkan iatu RM 100 sebulan dan perlu di bayar setiap 7 haribulan. En Mohamad Khairi Bin Yusuf (6-6-7) menyokong cadangan tersebut. Hadirin sebulat suara bersetuju. Beliau merujuk kepada Akta 663 6. (1) (b)

6.2 En. Sabri seterusnya menerangkan betapa penting nya yuran penyelenggaraan di bayar tepat pada waktunya. Beliau mencadangkan kadar bunga (interest) kena dibayar oleh pembayar lewat dikekalkan pada kadar sekarang iaitu 10 peratus setahun. En. Azmi bin Mohamed Ali (4-6-8) menyokong cadangan tersebut . Semua hadirin bersetuju.
Beliau seterusnya merujuk kepada Akta 663 Rujukan: Act 663 6. (1) (d)

6.3 Encik Sahaifuddin Azam bin Umar 3-1-8 mencadangkan mesyuarat membincangkan dimana pejabat urusan dan alamat JMB, En Suhaimi bin Abu Bakar (2-3-1) menyokong cadangan tersebut.

a) Pengerusi mencadangkan pejabat pengurusan sedia ada (KMPC Property Mgt Sdn Bhd Ground Floor Block 1) di guna pakai sebagai pejabat rasmi JMB.
b) En Suhaimi bin Abu Bakar 2-3-1 menyokong perkara diatas. Seterusnya mencadangkan JMB Taman Kumbar Permai sebagai nama rasmi pengurusan baru. Semua hadirin sebulat suara bersetuju dan menyokong penuh.

6.4 Pengerusi menyatakan KMPC gagal memberikan Akaun yang diAudit pada mesyuarat ini walaupun telah beberapa kali diminta oleh pengerusi melalui surat dan telefon. Oleh itu “Building Maintenance Account” (BMA) tidak dapat di buat lagi. Beliau menyatakan akan menyerahkan perkara ini kapada COB untuk tindakan selanjutnya.

6.5 Seterusnya Pengerusi memaklumkan bahawa Peraturan (house rules) sedia ada akan terus di guna pakai oleh JMB dan sekiaranya ada apa apa perkara berbangkit dan memerlukan pindaan akan di bincangkan dalam mesyuarat tergempar JMB TKP yang akan di panggil jika perlu. Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
Rujukan: Akta 663 14. (1) (2)


7.0 Lain lain perkara berbangkit dan Sesi Soal Jawab
Act 663 6. (1) (e)


7.1 Abdul Aziz (6-5-2)
Soalan 1 :Adakah pihak pengurusan (KMPC) memberikan salinan perlindungan polisi kebakaran?
Jawapan dari Pengerusi : Memang ada salinan yang di simpan oleh KMPC. Tamat tempoh adalah pada bulan Julai 2010.


7.2 Roslan (2-9-3)
Soalan 1 : Berkenaan dengan “sinking fund” bernilai ratusan ribu ringgit, apakah JMB boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju jika ada penyelewengan
Jawapan Encik Thiru: JMB atau MC berhak membuat tindakan undang-undang terhadap pemaju jika kita tidak berpuas hati dengan kedudukan kewangan yang diserahkan kepada JMB atau MC. Kita juga boleh membuat bantahan menerusi COB.



7.3 Encik Azhar 2-2-2
Soalan 1 : Bilakah JMB diambil ahli oleh MC?
Jawapan COB: Jangkamasa yang disasarkan adalah lebih kurang 1 tahun. Ia bergantung kepada COB yang akan menyemak minit mesyuarat,, senarai pemilik, jumlah deposit serta usahasama pihak pembeli dengan menyokong JMB.


7.4 Encik Aminnuddin 1-10-2
Soalan 1 : Apakah kesan jika pihak pemaju tidak berkerja sama?
Jawapan Pengerusi: JMB akan membuat laporan dan bantahan kepada COB.


7.5 Encik Ahmad Zamin 4-1-4
Soalan 1 : Mohon perjelasan lanjut dari COB
Jawapan COB: Jika pihak pemaju tidak memberi kerjasama, segala keputusan / resolusi yang dicapai di dalam mesyuarat JMB adalah di anggap sah dengan sokongan majoriti


7.6 Encik Amirul Tan- 4-9-3
Ulasan : Memang patut JMB dilaksanakan sebelum tertubuhnya MC.
Ulasan balik Pengerusi : Memang rancangan JMB memastikan akaun diaudit sebelum MC mengambil alih sepenuhnya.


7.7 Encik Azhar 2-2-2
Soalan 1 : Adakah risiko besar apabila MC ditubuhkan.?
Jawapan Encik Thiru: Tiada risiko besar. Ia memerlukakan sedikit masa untuk memastikan akaun dalam keadaan sihat juga sokongan padu dikalangan pemilik diperlukan.


7.8 Puan Rohana 6-1-1
Soalan 1 : Bolehkah pembeli menuntut ganti rugi dari pemaju jika ada mungkir janji dari
pihak pemaju. Contohnya pembinaan gelanggang tenis.
Jawapan Thiru : Apa jua mungkir janji perlu dirujuk kepada pelan asal dan dapatkan nasihat dari peguam.


7.9 Suhaimi (2-3-1)
Soalan 1 : Apakah sebarang liabiliti bakal ditanggung oleh JMB?
Jawapan Thiru: Liabiliti dan Aset akan ditanggung oleh JMB.
Soalan 2: Apakah peluang untuk JMB berjaya?
Jawapan Thiru: Dari pengalaman, JMB boleh berjaya apabila urusan dilaksanakan dengan baik. Duit servis caj akan dimasukkan kedalam akaun JMB dalam masa 48 jam. Setiap bulan ada Penyata Akaun.


7.10 Rosdi 2-4-7
Soalan1 : Jika pemaju tidak berkerjasama dengan JMB, apakah kita rugi atau untung?
Soalan2: Mungkinkah kita terus kearah MC?
Jawapan1 Thiru : Dengan kerjasama atau tanpa kerjasama pemaju , ia tetap menguntungkan
JMB. Ia akan diminitkan dan dilapurkan kepada COB.
Jawapan2 Thiru : MC akan diluluskan oleh COB apabila minit mesyuarat JMB,,senarai ahli, akaun yang diaudit, diserahkan kepada COB berdasarkan akta 663(1)

7.11 Lain lain Isu dan masalah-masalah berbangkit (Ringkasan)

a. Masalah parameter fencing. Perlu diperbaiki.
b. Masalah Cat Bangunan yang agak teruk.
c. Masalah unit berdekatan tangga. Air tempias semasa hujan.
d. Dinding diserap air semasa hujan.
e. Swimming Pool tak diselenggarakan dengan betul.
f. Parking blok 1 tak cukup.
g. Musykil jika pihak Bomba tak boleh masuk.
h. Paip bermeter yang mudah patah.
i. Masalah bumbung didiami burung.
j. Blok 4 paip besar dibawah pengurusan, under common property.
k. Penambah baikan sistem pagar.
l. Masalah pengurusan mayat.
m. Paip bomba tak berfungsi, kehilangan kepala paip.
n. Lif tak sempurna, selalu rosak. Tak diselenggara dengan sempurna.
o. Genarator tidak dselenggara dengan sempurna.
p. Jalan awam kepunyaan Majlis tapi di pasang sistem touch and go. (auto gate)


8.0 Ucapan Penangguhan Mesyuarat

Pengerusi JMB En Kamaruzaman bin Suradi (6-7-7) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan masyuarat pertama JMB dan memohon agar sama sama bertanggungjawap dan member kerjasama sepenuhnya kearah usaha usaha penubuhan JMB ini.. Beliau berharap semua penduduk bersatu padu dalam membentuk JMB seterusnya kita dapat menubuhkan MC sepenuhnya. Pihak jawatan kuasa akan dipertanggungjawabkan dalam membantu program mengenalpasti maklumat dan keupaayaan JMB dari segi teknikal, kewangan dan pengetahuan dalam menguatkuaskan JMB. Diharap semua pemilik yang prihatin akan meneruskan sokongan kearah taman penduduk yang harmoni , telus dan berjaya seperti mana yang dikecapi oleh JMB setempat di sekitar Pulau Pinang.

Mesyurarat Agung ke 1 JMB Taman Kumbar Permai ditangguhkan pada 12:05 tengahari.








…………………………………. …………………………………………
Kamaruzaman bin Suradi Mohd Mahathir bin Abd Majid

Pengerusi JMB Taman Kumba Permai Setiausaha JMB Taman Kumbar Permai