Monday, December 21, 2009

TKP JMB

assalamualaikum wbth.
salam sejahtera

Setelah pelbagai usaha dan cabaran di lalui akhirnya kelulusan punubuhan JMB telah pun diperolehi dari COB MPPP. Sepatutnya usaha penubuhan JMB mestilah di cetuskan oleh pihak pemaju namun oleh kerana kita kurang bernasib baik (mempunyai pemaju seperti KMPC) maka usaha usaha kearah penubuhan JMB ini di cetuskan dan di usahakan oleh AJK PPTKP di ketuai oleh saya sendiri.

Saya tidak mahu bercerita panjang lebar laluan laluan sukar yang di hadapi disepanjang usaha usaha kearah penubuhan JMB ini. Saya lebih suka berbicara soal apa yang kehadapan.

apa yang perlu di lakukan oleh penduduk/pembeli, bagaimana proses pengambilan pengurusan di lakukan, untung rugi dari penubuhan JMB ini dan lain lain perkara selepas tertubuhnya JMB.

Pertama sekali ialah semua pemilik/pembeli TKP mestilah mengemaskini status pembayaran yuran pemyelenggaraan dan lain lain bayaran yang berkaitan di pejabat pengurusan (KMPC) untuk membolehkan anda layak hadir dan mengundi pada pada mesyuarat JMB.

Selain itu juga pembayaran yuran penyelenggaraan yang up to date akan memudahkan anda dalam proses pengambilan Stara Title nanti.
Sama sama lah kita berganding bahu kearah punubuhan JMB ini dan seterusnya memartabatkan TKP ketahap yang sepatutnya. Bukan hanya sekadar bercakap kosong, melihat sahaja dan yang lebih parah lagi kritikan yang tidak produktif di belakang. Baik buruk TKP adalah di tangan kita bukan barisan AJK.

Saya amat berharap semua penduduk tahu dan dapat menjalankan tanggung jawap masing masing.

Sekian Terima kasih

kamaruzaman bin suardi