Wednesday, March 31, 2010

JMB Taman Kumbar Permai

salam,

sebelum itu marilah kita sama sama mambaca surah AlFatihah, jika ada pahala dari bacaan kita itu dapatlah kiranya di serahkan kepada Arwah Sdr Huzir dan semua saudara2 kita yang telah meninggalkan kita......ALFATIHAH.

Bermula April 1 2010, Saudara Shahidan (formerly sec guard) akan mengambil alih tugas2 arwah Huzir. Kita harap dan doakan semuga Shahidan akan dapat menjalannkan tugasan yang di beri dengan baik, jujur dan amanah.

Sekiranya ada apa permasalahan berkaitan pengurusan TKP seperti biasa hubungi terus pejabat KMPC atau Shahidan di no 012-5764023. Saya harap pengurusan baru ini akan lebih pro aktif dalam menangani setiap aduan dari penduduk.

JMB Taman Kumbar Permai kini sedang menanti kelulusan dan pensijilan dari COB MPPP. Mesyuarat dan perbincangan bersama Pengarah Urusan kmpc En Micheal juga telah di jalankan. Saya harap proses JMB ini akan berjalan lancar dan menguntungkan penduduk TKP secara amnya.

Terima Kasih
Kamaruzaman bin Suradi

Thursday, March 11, 2010

Alfatihah...

Marilah kita sama sama membaca surah AlFatihah dan semuga pahalanya di serahlan kepada Roh En Huzir (Maintenence Manager, KMPC) yang telah kembali kerahmatullah pada 11/3/2010 (Khamis) kira kira jam 8 malam di Hospital Besar Pulau Pinang.
Jenazahnya akan di kebumukan di tanah perkuburan Teluk Kumbar (Kampung Masjid) kira kira pada jam 11 pagi ini 12/3/10(jumaat) . Kepada yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh lah ke Surau Lama AlFurqan sebelum jenbazahnya dibawa ke Masjid Kampung Masjid untuk disembahyangkan.

Sebagai manusia biasa Allahyarham tentunya tidak lari dari membuat kesilapan di sepanjang menjalankan tugas beliau di KMPC. Dengan itu marilah kita sama sama memaafkan apa jua kesalahan beliau dan mendoakan semuga Rohnya ditampatkan dikalangan orang orang yang beriman....Amin.

Kamaruzaman bin Suradi,
Pengerusi
Perasatuan Penduduk Taman Kumbar Permai