Friday, July 24, 2009

Rampant theft and break in TKP

Rujukan kami: safe/kmpc/2/09 Tarikh: 27th July 2009

Kepada:

Pengarah Urusan,
KMPC Property Managemant Sdn. Bhd.
Lot 124, MK 9, Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas.

u.p: Mr. Micheal K.C Low

KECURIAN DAN MENCEROBOH RUMAH.

Kami amat kesal dengan kejadian kecurian dan ceroboh rumah yang kerap berlaku akhir akhir ini.

Sepanjang bulan Jun 2009, 3 buah rumah kehilangan kasut berjenama dihadapan rumah (yang dilapurkan kepada persatuan) . Sementara bulan Julai 2009 pula 2 buah rumah di ceroboh masuk dan sebuah rumah kehilangan kasut berjenama di hadapan rumah. Ini tidak termasuk kejadian kejadian sama yang terdahulu.

Kami amat berharap agar tindakan segera di ambil oleh pihak pengurusan untuk memastikan keselamatan harta benda penduduk terjamin. Langkah langah keselamatan perlu diperketatkan lagi di pintu masuk utama dengan memeriksa kenderaan, motokar dan motosikal yang disyaki dan mencurigakan. Disamping itu rondaan yang lebih kerap ke setiap blok dan kawasan yang berisiko perlulah dilaksanakan.

Untuk makluman, Taman Kumbar Permai adalah penempatan berpagar dan berpengawal yang seharusnya keselamatan penduduk dan harta benda terjamin.

Tindakan susulan dan pencegahan berterusan dari pihak pengurusan amat kami harapkan.


Sekian Terima Kasih



_______________________________
Kamaruzaman bin Suradi
Pengerusi PPTKP


s.k:

Tn OCS SM Mokhtar bin Mansor .
Ketua Polis Balai
Balai Polis Teluk Kumbar

1 comment:

  1. Please hold tight our breath. Set our priority right. KMPC wont do much on security. Once Strata Title is ours, we would have hired Gurkha Security Guards!!

    ReplyDelete