Friday, July 17, 2009

kanak kanak maut terjatuh dari tingkat 8 TKP

salam,

Al Fatihah........
Semuga Rohnya di tempatkan dikalangan orang orang yang di sayangi Allah.....
Dan Ibu, bapa serta keluarga diberi kesabaran disamping redha dengan ketentuan Ilahi ......

Saya rasa ramai telah tahu tentang kejadian yang amat kita sedih dan terharu ini. Anak perempuan jiran kita en johari bin Hamid serta isteri dari 4-8-7 telah terjatuh dari ruangan udara bahagian dapur rumah nya dan mati serta merta.
kejadian berlaku jumaat 17/7/09 sekitar jam 1.45pm.
jenazah selamat di urus dan di kebumikan hari ini juga selepas solat Magrib di tanah perkuburan kg masjid.

saya mewakili semua AJK dan warga TKP mengucapkan Takziah kepada Bapa dan ibu mangsa. Ramai warga TKP telah bersama sama menguruskan jenazah dari tempat kejadian, hospital dan tanah perkuburan.
Kepada warga TKP yang ingin menyumbang derma sila serahkan kepada AJK atau wakil blok dan akan diserahkan secara berkelumpuk kemudian.

Saya menasihatkan semua pemilik unit TKP agar lebih peka terhadap keselamatan anak anak dengan memastikan mereka sentiasa berada didalam kawalan lebih lebih lagi kanak kanak kecil.
Disamping itu saya dengan tegas menasihatkan agar semua pemilik unit TKP memasang Grill (pagar besi) di ruagan udara dapur, dan kesemua tingkap. Kita sama sama berdoa agar peristiwa hitam ini tidak akan berulang lagi.

Saya juga mendapati ada segelintir ibu bapa yang tidak menemani anak anak ketika mandi di kolam renang. Ini juga mestilah dihindarkan oleh ibu dan bapa.

Akhir kata sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan anak anak kita adalah tanggung jawap kita.

Wassallam
kamaruzaman bin suradi
Pengerusi PPTKP

No comments:

Post a Comment