MEMO
Tarikh: 29 April 2011
Kepada: Semua pemilik unit Taman Kumbar Permai,
Mesyuarat Agung Tahunan ke Dua JMB Taman Kumbar Permai - Usul
Merujuk kepada Usul Mesyuarat di atas yang di adakan pada 24hb April 2011, di perkarangan Blok 2 Taman Kumbar Permai.
6.3 En Abdul Rahman bin Osman (1-11-1)
Mengusulkan agar projek Panca Ulang Celcom yang tergendala di bincang semula agar semua penduduk mendapat manafaat, Harap dapat pertimbangan sewajarnya dari semua pihak.
Masyuarat post mortem peringkat AJK telah di adakan pada 26hb April 2011 dan telah memutuskan usul 6.3 En Abdul Rahman b. Osman (1-11-1) tidak dapat di pertimbangkan atas sebab sebab berikut:
1. Menghormati pendapat dan pandangan penduduk yang tidak setuju
2. Atas dasar semangat kejiranan yang telah terbina sekian lama
3. Menjaga keharmonian dan ketenteraman penduduk TKP secara keseluruhan
4. Untuk mengelakan ketegangan yang berlarutan dan berpanjangan
Dengan kenyataan ini, AJK JMB Taman Kumbar Permai menganggap isu tersebut telah selesai dan jika ada sebarang pertikaian selepas ini adalah di luar bidang kuasa JMB Taman Kumbar Permai.
Denga tulus hati dan rendah diri, AJK JMB Taman Kumbar Permai memaafkan dan memohon maaf apa jua kesilapan pada pihak kami juga pihak yang tidak setuju mahupun yang setuju. Kami tidak berupaya untuk memenuhi kehendak semua penduduk. Kami berharap semua penduduk TKP akan terus berganding bahu kearah pencapaian missi menjadikan TKP satu penempatan yang elit; seperti kata pepatah melayu “biduk berlalu kiambang bartaut’ dan “ringan sama di jinjing berat sama di pikul”
Sekian,
Yang Menurut Perintah,
______________________
KAMARUZAMAN BIN SURADI
Pengerusi, JMB Taman Kumbar Permai
Sunday, May 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment