Rujukan: 2/ctwr/6/10 Tarikh:8hb Jun 2010
Salam Sejahtera,
Kepada Semua Penduduk Taman Kumbar Permai,
CADANGAN PENYEWAAN TAPAK UNTUK PENEMPATAN MENARA TELEKOMUNIKASI CELCOM 3G DI TAMAN KUMBAR PERMAI.
Adalah dimaklumkan Celcom bercadang untuk menempatkan Menara Telekomunikasi 3G di atas bangunan Blok 4 (roof top). Perbincangan awal, lawatan tapak dan kajian kesesuaian telah dijalankan dan mendapati amat sesuai untuk dibina menara tersebut.
Dari sewaan tapak itu nanti, pihak persatuan dijangka dapat menjana pendapatan RM14 ribu ke RM15 ribu setahun. Hasil dari pendapatan ini akan di gunakan untuk kebajikan penduduk Taman Kumbar Permai melalui aktiviti aktiviti Persatuan Penduduk.
Untuk makluman, kenyataan media (press release) dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia – SKMM menyatakan hasil kajian yang dijalankan oleh organisasi dan pakar pakar dari dalam dan luar negara telah menunjukan bahawa RF emission dari menara menara telekomunikasi ini adalah tidak membahayakan manusia. Kebimbangan ini terjadi apabila maklumat sebenar tidak didedahkan kepada mesyarakat dengan secukupnya. Sila layari www.rfrad.gov.my atau www.skmm.gov.my untuk membantu anda mendapat maklumat lanjut.
Pihak persatuan memohon kerjasama penduduk untuk memberi maklum balas dengan mengisi keratan dibawah dan diserahkan ke peti surat khas di pondok pengawal dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Kami akan membuat keputusan yang terbaik secara kolektif yang akan menguntungkan semua pihak dan semestinya akan melihat dari pelbagai sudut dan pandangan. Kerjasama anda terlebih dahulu di ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian terima kasih,
KAMARUZAMAN BIN SURADI
Pengerusi PPTKP
Tuesday, June 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment