Wednesday, May 19, 2010

mesyuarat agung tahunan ke 8 PPTKP

Rujukan kami: agm8/susulan/10 19 hb May 2010

Kepada semua penduduk Taman Kumbar Permai,

NOTIS.

Merujuk kepada Mesyuarat Agung Tahunan PPTKP ke 8 pada 16hb May 2010, berikut adalah beberapa perkara / usul yang dibangkitkan oleh penduduk yang memerlukan tindakan dan kerjasama seluruh penduduk TKP.

1. Strata Title – AJK telah membuat kolaberasi dengan firma guaman Hassan Subra & Associates untuk mengurus isu ini dengan pakej yang menarik. Semua penduduk digalakan untuk berurusan dengan firma tersebut untuk mengambil Strata Title secara pukal. AJK dan Firma Guama tersebut akan memanggil semua penduduk untuk sessi penerangan.

2. Meletak motosikal di hadapan ruang legar lift – kerjasama semua penduduk diperlukan untuk meletak motosikal di tempat yang sesuai yang tidak menghalang laluan dan membahayakan kanak kanak.

3. Kereta rosak dan terbiar di parking – Mohon kerjasama pemilik kereta tersebut supaya mengeluarkan dari kawasan TKP untuk mengatasi kekurangan ruang letak kereta dan mencacatkan pandangan.

4. Buang sampah merata rata – Mohon kerjasama semua penduduk agar memantau anak anak agar membuang sampah di tempat yang disediakan, kebersihan adalah tanggung jawap bersama.

Lain lain usul yang dibangkitkan akan di ajukan kepada pihak pihak yang terbabit seperti ADUN, KMPC, MPPP, Perda, Polis dan lain lain. AJK akan mengadakan perbincangan berasinagn dengan pihak pihak tesebut berkaitan isu masing masing.

Sekian terima kasih




Kamaruzaman bin Suradi
Pengerusi
PPTKP

No comments:

Post a Comment