Sunday, January 31, 2010

sedikit tentang Akta Elektrik 447

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 & PERATURAN - PERATURAN ELEKTRIK 1994
ABE 1990

Seksyen 23. Kawalan Kompeten (Orang yang menjaga)

1. Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain yang dipunyai atau diuruskan oleh pihak berkuasa bekalan boleh dikerjakan atau dikendalikan kecuali oleh atau di bawah kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan yang ditetap dan tiada seorang pun yang tidak memiliki kelayakan atau memegang perakuan yang disebut terdahulu boleh menjaga apa-apa pepasangan atau boleh mengawal pengendalian apa-apa loji atau kelengkapan elektrik.

2. Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh di kenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan jika pelanggaran itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas sabitan.

No comments:

Post a Comment