Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430

Assalamualaikum wbkth & salam sejahtera,

Saya dan barisan AJK PPTKP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua teman teman warga TKP.

Kepada yang akan pulang kekampung selamat bercuti bersama sanak saudara dan berhati hati di jalan raya, kepada yang terpaksa bertugas selamat bertugas bekerjalah dengan hati terbuka, kepada yang menyambut Aidil Adha di TKP selamat menjalankan ibadah korban yang akan di dilakukan pada hari raya kedua Sabtu 28/11/09 di padang kanak kanak blok 3-1 bermula jam 8pagi. Semua warga TKP dan keluarga yang berhari raya di TKP dijemput beramai ramai bagi menjayakan majlis korban tersebut. Dua ekor lembu telah di tetapkan untuk majlis tersebut.

Semuga ibadah korban tahun ini akan terus mengeratkan lagi tali persaudaraan yang telah terjalin sekian lama selain menunaikan ibadah yang amat di tuntut dalam Islam. Kita harus berbangga kerana di penempata kita (Condominium) masih ujud budaya gotong royong, bekerja sama, tolong menolong dan hormat menghormati sesama kita jika dibandingkan dengan kebanyakan perumahan elit lain yang kadang kadang sehingga tidak kenal siapa jiran disebelahnya.

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada "peserta2" korban yang telah menjadikan TKP sebagai lokasi majlis korban. Tidak lupa terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK pelaksana yang di ketuai oleh Saudara Nordin selaku penyembelih pada hari itu.

Akhir kata sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Adha...........Selamat Beribadat


Sekian terima kasih

Kamaruzaman bin Suradi
Pengerusi PPTKP

No comments:

Post a Comment